TARBIYATUL AULAD FIL ISLAM: TANGGUNGJAWAB MEMBERI PENDIDIKAN SEKS

TANGGUNGJAWAB MEMBERI PENDIDIKAN SEKS

Pendidikan seks ialah mengajar, memberi kesedaran dan berterus terang dengan anak tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan seks, nafsu, dan perkahwinan. Hal ini supaya apabila anak-anak menjengah usia remaja dan mula mengenali kehidupan, mereka tahu apa yang halal dan apa yang haram. Justeru itu, mereka menjadikan akhlak Islam sebagai panduan dan tidak mengejar syahwat serta tidak tenggelam dibawa arus kemaksiatan.

Dr Abdullah Nasih Ulwan berpendapat, Pendidikan seks yang perlu dititikberatkan oleh ibu bapa dan pendidik ini mempunyai beberapa peringkat:

·      Umur antara 7-10 tahun. Peringkat ini dinamakan usia tamyiz. Pada peringkat ini anak-anak diajar adab-adab meminta izin dan menjaga pandangan.
·      Umur antara 10-14 tahun. Peringkat ini dinamakan usia remaja. Pada peringkat ini anak-anak perlu dijauhkan daripada segala unsur yang dapat merangsang kemahuan seksual
·      Umur antara 14-16 tahun. Peringkat ini dinamakan usia baligh. Pada peringkat ini anak-anak perlu diajar adab-adab hubungan seks sekiranya mereka sudah bersedia untuk berkahwin.
·      Selepas peringkat baligh, ataupun yang dinamakan usia belia, anak-anak diajarkan adab-adab menjaga kehormatan diri sekiranya mereka masih belum mampu berkahwin.


Tajuk selepas ini: ADAB MEMINTA IZIN

Comments

Popular Posts