PROGRAM AQIQAH & KORBAN KELAB KEBAJIKAN LITTLE CALIPHS



Assalamalaikum wbt,
Sukacitanya dimaklumkan, Kelab Kebajikan Little Caliphs (KKLC) dengan kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) akan menganjurkan Program Ibadah Qurban & Akikah di Negara India dan Bangladesh bagi menyantuni Umat Islam yang ditindas dan sangat memerlukan bantuan.
.
Hampir 1 juta pelarian etnik ROHINGYA di Kem Pelarian Cox Bazaar Bangladesh yang ditindas di Myanmar dan melarikan diri ke Cox Bazaar bagi meneruskan hidup. Namun begitu, kehidupan sebagai pelarian dan tiada sumber pendapatan menyebabkan mereka mengharapkan bantuan umat islam seluruh dunia.
.
Konflik di Kashmir telah membawa banyak kesengsaraan kepada penduduk Islam di wilayah tersebut yang terletak di Banjaran Himalaya dan Banjaran Pir Panja di bahagian utara benua kecil India, bersempadan dengan Pakistan di sebelah barat, China di se­belah timur dan India di selatan yang majoritinya umat Islam. Ratusan ribu umat Islam telah terkorban sejak hampir 70 tahun dahulu. Masyarakat muslim kini kebanyakkannya masih hidup dalam keadaan miskin.
.
Sehubungan dengan itu, beberapa orang Sekreteriat KKLC akan ke 2 negara tersebut bagi melaksanakan Program Ibadah Qurban ini.
.
Kami mohon sebanyak mungkin penyertaan agar amanah ibadah qurban ini dapat disampaikan pada mereka-mereka yang memerlukan.
.
Harga bagi 1 bahagian qurban Lembu ialah RM 400 dan harga bagi seekor kambing ialah RM 600.
.
Baki wang Ibadah Qurban dan Akikah akan 100% digunakan untuk kos pengurusan dan disumbangkan kepada masyarakat disana.
.
Kami dari KKLC merayu penyertaan semua bagi menjayakan Program Ibadah Qurban dan Akikah ini.
.
TARIKH TUTUP PENYERTAAN ADALAH PADA 10 Ogos 2018.
.
Untuk Penyertaan, Sila Klik Link Berikut :
<<< https://goo.gl/forms/dqMA1b84iiRlfPrz2 >>>
<<< https://goo.gl/forms/dqMA1b84iiRlfPrz2 >>>
<<< https://goo.gl/forms/dqMA1b84iiRlfPrz2 >>>
.
Pendaftaran peserta juga boleh dibuat melalui borang yang akan diberikan oleh pihak tadika kepada setiap pelajar.

** Semua gambar-gambar dan video serta aktiviti dan updates program ini akan di siarkan di FB KKLC. Sila LIKE FB KKLC :
.
<<< https://www.facebook.com/kelabkebajikanlittlecaliphs/ >>>
<<< https://www.facebook.com/kelabkebajikanlittlecaliphs/ >>>
<<< https://www.facebook.com/kelabkebajikanlittlecaliphs/ >>>

Comments

Popular Posts