NAK MASUK TADIKA : APA IBU BAPA MUDA HARUS SEDIAKAN BAHAGIAN 1


Image may contain: 3 people, people sitting and indoor

Assalamualaikum wbt semua ibu bapa

NAK MASUK TADIKA : APA IBU BAPA MUDA HARUS SEDIAKAN BAHAGIAN 1

Haaaa, ibu bapa muda sekalian. Ramai bertanya, kami ni baru first time anak nak masuk tadika. Apa yang perlu kami buat?

Apa yang perlu kami buat? Banyak. Banyak sangat. Terutamanya PERSEDIAAN.

Ok, di sini teacher akan kongsikan beberapa perkara yang perlu disediakan kepada anak-anak yang berusia 4-6 tahun sebelum mereka masuk ke tadika.

Get ready ya?


1. Kemahiran Bahasa (Language Skills)
- anak usia 4-6 tahun ni, sepatutnya dah boleh bercakap menggunakan ayat yang penuh. Contoh "saya  nak makan" atau "i want pee"

-anak usia 3-4 tahun sepatutnya sudah jelas percakapannya. Jika ada, hanya sedikit pelat sahaja. Dan jika berbual, mereka boleh mengambil bahagian dalam perbualan dengan aktif.



************************



Tapi sekarang, ramai juga ibu bapa datang jumpa teacher, cakap tentang masalah anak dalam kemahiran bertutur ni. Ramai yang mempunyai masalah speech delay. Kenapa ya? Bagaimana nk bantu?

Jawapannya: BANYAKKAN BERINTERAKSI DENGAN ANAK.
Letak smartphone kat tepi. Berboraklah dengan anak. Berborak sambil bermain, berborak sambil menyanyi.

Ajar anak kalau lapar, macam mana nak cakap. Kalau nk kecing berak, macam mana nk cakap. Banyakkan vocab kehidupan seharian mereka.

MENYANYI BERSAMA ANAK. Menyanyilah lagu2 nursery rhymes tu. Banyak vocab anak dapat. Nak bahasa apa, terpulang. Lagu timang tinggi-tinggi ke, lagu twinkle twinkle ke....menyanyilah.

BACA BUKU KANAK-KANAK. Sambil baca, boleh berborak lagi. Ajar vocab2 asas.



************************



Kalau dah buat ini semua tapi anak masih tidak dapat mencapai milestones yang digariskan, bawalah anak jumpa pakar. Intervensi awal sangat sangat membantu.



Okay, selesai satu persediaan. Banyak lagi persediaan lain. Teacher tulis dalam bahagian 2 ya.



Comments

Popular Posts